Monday, February 14, 2011

Apa itu blog?

Sebuah blog secara asasnya merupakan website peribadi yang berupa seperti sebuah diari atau jurnal. Perkataan blog adalah merupakan singkatan daripada web blog adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Situs web seperti ini biasanya dapat diakses oleh semua pengguna Internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Seseorang itu biasanya membina blog sebagai hobi untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang sesuatu perkara. Blog direkabentuk supaya mudah untuk memasukkan post, supaya dengan itu, penceritaan di dalam blog akan dapat dikemaskini dengan lebih kerap berbanding laman web yang tradisional. Apabila seseorang blogger menghantar posting ke dalam blognya, pembaca pula boleh memberikan komentar kepada posting tersebut, dengan ini menghasilkan laman yang bersifat interaktif. Jika seseorang blogger itu pandai mencetuskan keseronokan kepada pembaca blognya, dalam masa yang singkat sahaja beliau akan dapat menarik ramai pengikut bagi blognya.

Blog telah mula diwujudkan sejak beberapa tahun dan semakin hebat dikomersilkan sebagai blog perniagaan supaya pada masa kini apabila anda melayari laman web anda akan tidak menyedari bahawa yang anda lihat itu sebenarnya bukan laman web traditional biasa tetapi sebanarnyaa sebuah blog. Kebenarannya ialah, jenis sesebuah laman web itu tidak penting, kerana kedua-duanya memainkan peranan yang sama iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

0 comments:

Post a Comment