Thursday, February 24, 2011

Pembinaan Blog : Langkah Mula

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.
Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.


Cara Buat Akaun Blogspot


Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini.http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Jika anda masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link http://www.blogger.com/www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'



Cara Buat Akaun Blogspot


3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.



Cara Buat Akaun Blogspot


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address


  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog

  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.


Cara Buat Akaun Blogspot


5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'



Cara Buat Akaun Blogspot


6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.



Cara Buat Akaun Blogspot

Wednesday, February 16, 2011

Menukar Template Blog

Menukar template blog dapat mengubah rupa blog asal kepada paparan yang lebih menarik.
Adalah biasa bagi seseorang pemilik blog inginkan blognya tampil menarik berbanding template asal.


cara tukar template blog


Tutorial ini akan menerangkan dengan ringkas cara-cara untuk menukar template sesebuah blog.

Sebelum menukar template blog, pastikan anda sudah mempunyai template yang dikehendaki.
Jika anda masih belum lagi mempunyai template, sila rujuk kepada entri ini.

website untuk mencari template blog.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menukar template blog.

1. Login akaun kemudian daripada dashboard klik layout > edit html


tutorial tukar template blog


2. Baca penerangan berdasarkan gambar di bawah.


tutorial tukar template blog


    1. Klik browse
    2. Pilih template yang anda telah download
    3. Klik open
    4. Klik upload


3. Apabila klik upload, paparan berikut akan keluar, klik pada 'keep widget'


cara tukar template blog


4. Setelah selesai anda boleh view blog anda.:)


Apa itu Google Adsense?


Apakah Google AdSense?


Secara ringkas, google AdSense adalah salah satu program yang diadakan oleh Google untuk penayangan iklan / ads, pihak google memberikan kesempatan kepada pemilik website untuk memaparkan iklannya rangkaian google. Iklan yang dipaparkan secara automatik menyesuaikan dengan tema website yang dipasang kod iklan adsense.


Jenis iklan adsense


Iklan yang dipaparkan dalam website bermacam-macam dalam bentuk teks, gambar / banner maupun video.


Darimana asalnya iklan adsense?


Iklan adsense berasal dari para pemasang iklan di google adwords (salah satu perkhidmatan adwords selain google Adsense)


Sistem pembayaran


Sistem pembayaran yang diberikan kepada pemilik laman adalah berdasarkan jumlah klik yang terjadi pada laman web tersebut, istilahnya adalah PPC (Pay Per Click). Namun klik yang terjadi harus bersifat umum, ertinya sesuai dengan keinginan pengunjung tanpa ada paksaan dan tidak boleh diklik oleh diri sendiri, bila hal ini dilakukan maka google akan membanned atau memberhentikan programnya tanpa pembayaran. Pembayaran akan diberikan google dalam 30 hari selepas ditotal pendapatan dalam satu bulan mencapai minima $ 100.


Berapa besarnya pembayaran iklan adsense?


Pembayaran yang dilakukan sepenuhnya rahsia google, namun secara umum besarnya adalah 20% per klik (yang dianggap sah oleh google) dari nilai iklan yang dipasang para pemasang iklan.


Cara menampilkan iklan Adsense


Cukup dengan mengambil kod adsense yang kita setting dalam akaun kita, dan automatik iklannya akan tampil dengan sendirinya di website yang bersangkutan.


Cara mengikuti perkhidmatan google Adsense


Daftar di https: / / www.google.com / adsense lalu ikuti data-data yang diminta, syarat yang dimiliki agar dapat diterima oleh google Adsense:
- Memiliki halaman / website dalam Bahasa Inggeris
- Memilik email. E-mel yang digunakan boleh menggunakan perkhidmatan e-mel percuma seperti yahoo atau gmail dan yang lain.


Berapakah hasil yang boleh diperolehi dari Adsense?


Sangat sangat tidak terhad, anda boleh mendapatkan berapa saja yang diinginkan, tidak ada batasan maksimum yang didapati.


Semua nilai yang diperolehi bergantung usaha anda dan Google menyediakan website adsense siap pakai untuk kemudahan anda.

Sejarah blog.

Media blog pertama kali dipopularkan oleh Blogger.com, yang dimiliki oleh PyraLab sebelum akhirnya PyraLab diakuisi oleh Google.com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang diperuntukkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.

Blog mempunyai fungsi yang sangat beragam, dari sebuah catatan harian, media publikasi dalam sebuah kempen politik, sehinggalah kepada program-program media dan syarikat-syarikat. Sesetengah blog dikemaskini oleh seorang penulis tunggal, sementara sesetengah yang lain oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki fasiliti interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tetamu dan ruangan komentar yang dapat memperkenankan para pengunjungnya untuk meninggalkan komentar atas isi dari tulisan yang diterbitkan, namun demikian ada juga yang yang sebaliknya atau yang bersifat non-interaktif.

Laman-laman
web yang mempunyai perkaitan seperti weblog, atau secara himpunannya menjadi kumpulan weblog sering disebut sebagai blogosphere. Bilamana sebuah kumpulan gelombang aktiviti, informasi dan pendapat yang sangat besar berulang kali muncul untuk beberapa subjek atau sangat kontroversial terjadi dalam blogosphere, maka hal itu sering disebut sebagai blogstorm atau badai blog.

Monday, February 14, 2011

Apa itu blog?

Sebuah blog secara asasnya merupakan website peribadi yang berupa seperti sebuah diari atau jurnal. Perkataan blog adalah merupakan singkatan daripada web blog adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Situs web seperti ini biasanya dapat diakses oleh semua pengguna Internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.

Seseorang itu biasanya membina blog sebagai hobi untuk berkongsi maklumat dan pengalaman tentang sesuatu perkara. Blog direkabentuk supaya mudah untuk memasukkan post, supaya dengan itu, penceritaan di dalam blog akan dapat dikemaskini dengan lebih kerap berbanding laman web yang tradisional. Apabila seseorang blogger menghantar posting ke dalam blognya, pembaca pula boleh memberikan komentar kepada posting tersebut, dengan ini menghasilkan laman yang bersifat interaktif. Jika seseorang blogger itu pandai mencetuskan keseronokan kepada pembaca blognya, dalam masa yang singkat sahaja beliau akan dapat menarik ramai pengikut bagi blognya.

Blog telah mula diwujudkan sejak beberapa tahun dan semakin hebat dikomersilkan sebagai blog perniagaan supaya pada masa kini apabila anda melayari laman web anda akan tidak menyedari bahawa yang anda lihat itu sebenarnya bukan laman web traditional biasa tetapi sebanarnyaa sebuah blog. Kebenarannya ialah, jenis sesebuah laman web itu tidak penting, kerana kedua-duanya memainkan peranan yang sama iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.