Bagi sesebuah blog, setting merupakan antara perkara penting untuk menentukan bagaimana paparan, dan perlakuan-perlakuan lain yang berkaitan dengan blog.
Antara perkara yang berkaitan dengan setting bagi sesebuah blog adalah tajuk blog, berapa bilangan entri, siapa yang boleh komen, dan lain² yang akan diterangkan di bawah.
Paparan untuk setting bagi sesebuah blog adalah seperti berikut.
Untuk entri ini, setting merangkumi basic, formatting dan publishing. Ini kerana 3 perkara ini boleh dianggap bahagian setting yang paling utama bagi sesebuah blog. Beberapa setting asas yang perlu diketahui oleh seorang blogger adalah seperti berikut.
BASIC:
Title : Title akan ditunjukkan pada bahagian atas browser apabila sesebuah blog dibuka.
Description : Berkaitan dengan apa kandungan sesebuah blog. Boleh dimasukkan sehingga 500 huruf. Contoh tutorial blog, tutorial blog dalam bahasa melayu, tutorial untuk semua dan lain² yang berkaitan. Kalau blog peribadi hampir boleh diabaikan ataupun letak sahaja seperti perjalanan hidupku, inilah kisah aku dan lain².
FORMATTING
Show : bilangan entri untuk paparan muka depan. jangan terlalu banyak. Biasanya antara 5 hingga 10 untuk mempercepatkan loading keseluruhan blog.
Date header format : Kurang penting, boleh pilih mana yang dirasakan sesuai.
Archive index date format : Format yang akan ditunjukkan untuk apa yang ditaip dalam sesebuah blog dalam jangka sebulan
Timestamp format : Kurang penting, boleh pilih mana yang dirasakan sesuai.
Time zone : Penting untuk pastikan kedudukan untuk masa adalah betul. Jika yang berada dalam negara Malaysia, sila pilih (GMT +8.00) Kuala Lumpur. Jika berada ditempat lain boleh pilih yang yang sepatutnya.
Language : English (Boleh juga pilih malay, tetapi dicadangkan english untuk memudahkan memandangkan kebanyakan sudah biasa dengan perkataan² english dalam dunia blogging)
COMMENTS
Comments : Show - Jika ada pengunjung yang menghantar komen, komen akan dipaparkan dibawah entri.
Who can comments : Bahagian ini bergantung kepada pemilik blog. Kalau pilih anyone, sesiapa sahaja boleh komen. Kalau pilih registered user, hanya orang yang mempunyai blog/id lain yang boleh komen.
Comment form placement : Kedudukan ruangan komen untuk sesebuah entri. Kebiasaan blogger akan pilih samada pop-up window atau embedded below post. Walau bagaimanapun, tidak semua template boleh gunakan embeded below post.
Comment moderation : Bergantung kepada pemilik blog. Jika mahu komen pengunjung terus dipaparkan,pilih never. Tetapi jika mahu komen dari pengunjung 'ditapis' dahulu oleh pemilik blog, pilih always.
Show word verification for comment : Pilih No. Kerana kehadiran word verificationbiasanya akan menyusahan pengunjung. Kecuali untuk kes² tertentu jika terlalu banyak spam (di Malaysia perkara ni jarang berlaku)
----------------------------
Setting untuk sesebuah blog boleh diubah bila-bila masa mengikut kehendak pemilik blog.
Walau bagaimanapun,adalah penting untuk cuba kekalkan setting yang dibuat untuk menyenangkan pemilik blog dan juga pengunjung.
0 comments:
Post a Comment